Kursus Asas Microsoft Excel
3 September 2017 | Aktiviti Terkini
Kursus Kursus Asas Microsoft Excel telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 7 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 5:00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 2 orang dan terdiri daripada golongan pelajar dan belia. Selain daripada itu, Semasa Kursus Berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan Topik Check Your Label dan mobile ewaste juga turut diselitkan.
Kursus Asas Microsoft Excel adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan mengenai aplikasi Microsoft Excel yang akan membantu peserta dalam meningkat tahap prestasi kerja, dan menjalankan kerja seharian dengan lebih cekap dan efisyen. Di dalam kursus ini juga peserta juga telah belajar mengendalikan data, merumuskan jadual, penggabungan data, menggunakan formula dan penyelesaian.
Selain daripada itu juga para perserta juga telah belajar melaksanakan proses hubung kait antara worksheet dan workbook untuk menghasilkan kerja dengan lebih cepat. Setelah mengikuti kursus ini, peserta diharapkan akan dapat memahami penggunaan asas Excel, memformat sel, lembaran dan buku kerja serta menggunakan formula asas untuk membuat analisa
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: